Terciptanya blog ini bermulanya daripada penceritaan aku dan Iman. Iman yang menyarankan aku supaya buat blog. Katanya; 'Blog ni macam diari kita la. Boleh tulis macam-macam. Tulis la luahan hati, daripada pendam baik luahkan kat blog ni'. Jadi, aku pun sahut saranan Iman dan teruskan cita-cita untuk menjadi seorang penulis blog peribadi yang berjaya. Sejak itu, aku bersunggguh-sungguh berusaha untuk mencantikkan lagi blog aku ni dari masa ke semasa. Dan setakat ni, inilah hasil aku selama entah-berapa-bulan mengusahakan blog ni. Walau apa pun, usaha aku ni agak terbatas kerana hidup aku sebagai warga salah sebuah SBP di tanah air yang tercinta ini.
Blog aku sentiase lambat diupdate kerana - updater tak balik
- updater M.A.L.A.S
:INSPIRASI::
Sumber yang pelbagai. Diinspirasikan oleh minda, hati dan akal budi. Sedikit sebanyak diinspirasikan oleh blog-blog lain yang jauh lebih berjaya daripada blog aku ni..