Friday, December 30, 2011

Matluthfi90

Hai .
Assalamualaikum .

Korang kenal Matluthfi ?
Matluthfi ? 
Yes, Matluthfi . Vlogger terkenal tu .

Oh ye!
Matluthfi90 tu la akaun u-tube die .
Aku kagum ngan die ni tau .
Sebab setiap video tu memang ade moral di sebalik video tu .
Aku suke tengok video-video die sebab lakonan die tu bersahaje , die tu sendiri yang cool and natural .

Daripada banyak-banyak Vlogger yang popular , 
contoh : 
  • Matluthfi
  • IniAnwarHadi
  • Maria Elena
dan banyak lagi. 
Ni antara yang aku tau la .
IniAnwarHadi pon best . Video terbaik die (bagi aku la)
Memang kene sangat la dengan trend penulisan gadis-gadis di luar sana zaman skarang .

Bagi aku, ni lah cara terbaik untuk diorang sampaikan mesej atau pendapat diorang mengenai sesuatu perkara tu .
Kalau macam aku, aku lebih suke gune blog ni walaupun takde orang bace . Sekadar nak tulis dan lepaskan apa yang terbuku kat benak fikiran .

Vlogging adalah satu bende yang baik . Tapi bagi Vlogger atau bakal Vlogger kat luar sana tu , aku rase Vlogging memerlukan satu sifat natural dalam diri anda tu sendiri . Tak perlu la nak tiru-tiru orang . Tau tak tak best ?
Just be yourself and make the video valuable and have moral lessons .

Salam . Papai :)

Ayat yang paling aku suke dari Mat Luthfi ni . Cam cina kan muke die ?


Cerita DahuluKala . (Part 2)

Hai . Assalamualaikum . 
( macam KhadyjahFhatyah la plak )

Malam ni aku nak cite lagi pasal Cerita DahuluKala aku  yang tak sempat untuk aku tulis lebih kurang 3 bulan lepas .

Hmm . Aku ni cakap banyak la plak, kan ?
Ok . Can we just move on to the story ? Yeah .

No 2 .

MPP

Haa ! Korang tau tak yang aku dah jadik seorang Pemimpin Pelajar sesi 2012 .
Setelah dekat 1 bulan aku jadik PP percubaan, aku telah dipilih menjadi PP yang sebeno-benonye .
Mmm .. namun , aku ingat kate-kate Ustaz Joha " Kalau dah dilantik tu , mule-mule ucap Astaghfirullah dulu baru Alhamdulillah . " Maksud ustaz Joha tu , tanggungjawab jadik seorang pengawas ni besar . Kene lah amanah . 
Takut-takut kite terlepas pandang terhadap amanah yang diberikan oleh pihak sekoloh tu .


No 3 

Exam 



Seperti biasa kan . Ni lah cerita yang aku selalu ceritakan . :)
Kali ni END - YEAR TEST .
Argh ! Sangat tertekan . Sebab aku bukan je kene study mase tu , aku kene wat blog untuk sekoloh .
Masuk pertandingan saat nak exam . Memang nak mati la aku ni .
Punye la semangat aku and the geng wat blog tu , last-last kalah jugak .
Nasib baik result comey .
Shuuke (gediknye ).
Result aku : ade 1C yang tak penting langsung tu dan paling penting dah merosakkan result aku .
WhatTheHeaven .


OK . Aku rase tu la penghujung cerita aku kali ni .
Papai . Selamat bercuti . :) 


::Joahae:: 
:)

Saturday, December 10, 2011

Cerita DahuluKala . (Part 1)

Salam . Hai . Lama tak tulis kat blog ni . Rindu la pulak .

Dah dekat 2 bulan kot aku tak update blog ni . Sepanjang 2 bulan tu , macam-macam cerita aku nak tulis kat sini tapi aku rase aku tak larat nak tulis sebab banyak sangat .
Jadi , aku bagitau sikit-sikit je la ea?

No 1

Kiteorang Batch Form Two ade kem kat Besut . Mase kat kem tepi laut tu , macam-macam aktiviti kiteorang buat .
Antara aktiviti yang kiteorang buat kat sane ialah Kembara Rimba ke Bukit Keluang, Survival Bandar, Pengurusan Khemah , Asas Ikhtiar Hidup, Nightwalk, Birthday party and so more.
Aktiviti fevret aku ialah Kembara Rimba la kot.
Sebenarnye semua aktiviti aku suke .


Kumpulan aku gabung dengan kumpulan 2. Jadi kumpulan 2 and 7 ni merupakan kumpulan pertama yang pergi menakluk Bukit Keluang tu . Kumpulan aku , 7 ikut Sensei Hazeril . Best sangat sebab sensei baik and sangat caring. Die sangat la 'care' pasal kiteorang . Kalau kiteorang penat ke ape , die suh stop dulu biar la kiteorang sampai kat puncak tu lambat.
Ni merupakan gambar kiteorang yang sensei sempat amik .









Haa! Tu mase kiteorang pergi panjat Bukit Keluang . Ade banyak lagi aktiviti yang kiteorang buat . 
Aktiviti kedua yang jadik fevret aku , SURVIVAL BANDAR.
Mase aktiviti ni kiteorang dikehendaki kerja kat lokasi yang telah ditetapkan oleh fasilitator .
Kumpulan 7 kene kerja kat kedai makan . Aku still ingat kedai tu sampai sekarang . KEDAI MAKAN UJI .


Gambar ni mase kat Kedai Makan UJI tu bersama Boss die .
Disebabkan ni lah, kiteorang dapat pengiktirafan Anugerah Khidmat Bakti Tupperware .


Then, banyak lagi aktiviti yang diadakan ketika kem berjalan dengan lancarnya.
Night-walk yang dileteri oleh PK KO , macam macam lagi la yang tak mungkin akan aku lupa selamanye.


Pendapat aku tentang kem ni :
Bagus sebab mampu menyatupadukan Form2. Dan terbukti berjaya .


Respond aku terhadap kem ni :
Sangat menarik .
Satu penghargaan besar bagi pelajar Batch Metamorfosis (Form2) kerana pihak sekolah mengadakan kem ni hanya untuk batch kami dan diadakan di luar daerah serta (pada fikiran aku) agak tidak logik apabila cikgu-cikgu yang kami sangka berubah serta merta perangai dan layanan mereka terhadap kami sangatlah baik .


TerimaKasih SAHUT .


(PART 2 akan disambung)