Saturday, December 10, 2011

Cerita DahuluKala . (Part 1)

Salam . Hai . Lama tak tulis kat blog ni . Rindu la pulak .

Dah dekat 2 bulan kot aku tak update blog ni . Sepanjang 2 bulan tu , macam-macam cerita aku nak tulis kat sini tapi aku rase aku tak larat nak tulis sebab banyak sangat .
Jadi , aku bagitau sikit-sikit je la ea?

No 1

Kiteorang Batch Form Two ade kem kat Besut . Mase kat kem tepi laut tu , macam-macam aktiviti kiteorang buat .
Antara aktiviti yang kiteorang buat kat sane ialah Kembara Rimba ke Bukit Keluang, Survival Bandar, Pengurusan Khemah , Asas Ikhtiar Hidup, Nightwalk, Birthday party and so more.
Aktiviti fevret aku ialah Kembara Rimba la kot.
Sebenarnye semua aktiviti aku suke .


Kumpulan aku gabung dengan kumpulan 2. Jadi kumpulan 2 and 7 ni merupakan kumpulan pertama yang pergi menakluk Bukit Keluang tu . Kumpulan aku , 7 ikut Sensei Hazeril . Best sangat sebab sensei baik and sangat caring. Die sangat la 'care' pasal kiteorang . Kalau kiteorang penat ke ape , die suh stop dulu biar la kiteorang sampai kat puncak tu lambat.
Ni merupakan gambar kiteorang yang sensei sempat amik .









Haa! Tu mase kiteorang pergi panjat Bukit Keluang . Ade banyak lagi aktiviti yang kiteorang buat . 
Aktiviti kedua yang jadik fevret aku , SURVIVAL BANDAR.
Mase aktiviti ni kiteorang dikehendaki kerja kat lokasi yang telah ditetapkan oleh fasilitator .
Kumpulan 7 kene kerja kat kedai makan . Aku still ingat kedai tu sampai sekarang . KEDAI MAKAN UJI .


Gambar ni mase kat Kedai Makan UJI tu bersama Boss die .
Disebabkan ni lah, kiteorang dapat pengiktirafan Anugerah Khidmat Bakti Tupperware .


Then, banyak lagi aktiviti yang diadakan ketika kem berjalan dengan lancarnya.
Night-walk yang dileteri oleh PK KO , macam macam lagi la yang tak mungkin akan aku lupa selamanye.


Pendapat aku tentang kem ni :
Bagus sebab mampu menyatupadukan Form2. Dan terbukti berjaya .


Respond aku terhadap kem ni :
Sangat menarik .
Satu penghargaan besar bagi pelajar Batch Metamorfosis (Form2) kerana pihak sekolah mengadakan kem ni hanya untuk batch kami dan diadakan di luar daerah serta (pada fikiran aku) agak tidak logik apabila cikgu-cikgu yang kami sangka berubah serta merta perangai dan layanan mereka terhadap kami sangatlah baik .


TerimaKasih SAHUT .


(PART 2 akan disambung)

No comments:

Post a Comment