Friday, December 21, 2012


Hai.
Assalamualaikum.
Hehe.
Aku menulis lagi.

Selepas tamat PMR hari Isnin tu,
Aku langsung tak sentuh buku.
Malas nak kenangkan jawapan yang aku dah conteng atas kertas jawapan hari tu.
Malas doh nok fikir.

Tapi sesetengah orang suke semak balik.
Bagi aku, bile semak balik, perasaan gemuruh tu bertambah.
Jadi, aku pendam saje perasaan ingin tahu aku.

Saban hari semase cuti
Aku buat cool je.
Tak mboh fikir pasal result.
Dalam tak mboh fikir, terfikir jugok.
Takut kalau tak dapat 8A.

Bile hari yang dinantikan semakin tiba,
Aku makin resah, risau.
Perasaan bercampur baur.
Walaupun, seminggu sebelum result keluar,
Aku spent the whole week,
Shopping, Jalanjalan.

Jantung aku terase makin kuat degupannye
Pada malam sebelum 19.12
Terus tak boleh tidur.
Jadi, aku melayan kepalaku yang tak mengantuk dengan Facebook.
Pukul 3 baru tidur.

Pagi itu.
Aku bangun solat subuh, menadah tangan
Memohon pada Yang Esa
Semoga hari itu menjadi antara hari paling bahagia untuk aku.
Aku tanye Umi,
"Umi, kalau Adik dok leh 8A, gane?"
"Sedih gile ar Umi", Umi kate.
Dengan jawapan tu,
Aku tau Umi Abah meletakkan harapan yang tinggi.
Aku takut. Aku tak nok gi ambik result.
Tapi, ape gune lagi.

Aku menapak ke Estima dan meluncur ke SAHUT.
Sampai SAHUT, aku tak mboh turun dari kereta.
Bile sampai dewan,
tup tup
Cikgu tak dok pon.
Aku sembangsembang dengan kawan,
Meluahkan perasaan berdebar aku dan mereka.
Bile duk dalam dewan, ucapan 5minit rase macam 2jam.

Saat Ustaz Joe melangkah,menggapai mikrofon
Jantung aku rase macam nok kluo.
Nasib baik sebut ikut kelas.
Kalau ikut angka giliran, aku la pemilik nombor 001.
Bile tibe giliran kelas aku, jantung aku macam terhenti sekejap.
Af...
Argh!
Jantung aku yang keluar, aku masukkan balik
Sebaik saje nameku diumum.

Senyuman kegembiraan tak lekang aku lemparkan.
Sehingga kawan aku tegur, 'amboi, lebar gile kot kau senyum'.
So what, aku happy dengan result aku.
Berjalan mengiringi Umi Abah dan diri sendiri,
Pipiku yang semakin tembam dicium Umi.
Aku tau Umi pon hepi dan bangga.

Haaa... masuk kereta balik.
Sampai je kat rumah beralamat 76, aku dapat cash RM ***.

Sepanjang hari aku spent dengan gembira.
Sekarang aku tekad.




Tuesday, November 20, 2012


Hai.

Ini ialah post kedua untuk hari ni.
Rajin tak?
Rajin blogging, lipat kain malas.
KwangKwang.

Takde lah.
Kali ni bukan cakap pasal lipat kain ke basuh pinggan ke.

Sekarang, kite cakap pasal style.
Style or stail.
Sama je pada makna.
Cume bahase yang membezakan.

Tulah aspek pertama.
Bagi style penulisan aku.
Terus terang aku cakap.
Aku prefer bahase rojak.
Sebab aku sendiri pon macam tu.
Suke cakap campur bahase.
Kadang melayu, english, korean but always TERENGGANU.
Almaklumlah, abah suke sangat beli rojak ayam.
That's why her daughter pon dah jadi rojak.

Kedua, penggunaan aku.
Kalau kat dunia sebenar, tak pernah guna aku pon.
Sebab aku hanya guna aku untuk kawan lelaki dan diri aku je.
Faktor utama penggunaan aku ialah blog ni diari aku.
Kan doh tulis official unprivate diary

Ade la ura ura aku dengar
Ada orang tak suka dengan gaya penulisan aku.
Bukan ape la kan.
Blog aku, suka hati la aku nak tulis.
Tak berniat kasar, tapi aku tak mintak pun kau bace(wahai komentor)
Aku cume tulis ape yang tercurah dalam kepala ni.
Kalau tak suka, tak payah bace.
Aku senang, kau pun senang.
No War, right?

OK. Let's have peace.
Angkat dua jari.
Snap.
Love forever.


Hai.

Toothygrin.
Hueh hueh.

Now.
I dont know what to say.

Tapi sebab hari ni aku dapat best friend aku.
Best friend yang mana aku jumpa last masa Raya baru ni.

Kiteorang cerita, cakapcakap, sembang.
Panjang gile.
Kadang, rasa macam tak nok berhenti.
Walaupun dah berjam jam sembang,
Masih tak puas.
Belum lepas rindu.

Bile fikir fikir balik,
Tak perlu pun aku cari kawan ramai.
Biar la sorang.
Asalkan sorang tu cukup setia.
Jadi pendengar yang setia dan responden yang baik.

Jadi!
Aku sendiri berusaha untuk menjadi sahabat yang setia.
Sebab kalau semua sibuk meminta,
Tapi tiada ikhtiar, buat ape.
Biar la aku yang menjadi salah seorang yang dipinta tu.
Tak kira untuk sorang teman, atau teman sepanjang hayat.

TheEnd.

Wednesday, November 14, 2012




Hai.

Cuti dah mula.
Dah nak dekat seminggu kan?
Kejap je masa berlalu.
Huhhh...
Baju, kain, kasut pun belum usik.
Pemalas punya anak dara.
Heheh..
Bukan selalu kan boleh enjoy cuti macam ni.

Tapi....
Cuti kali ni.
Tak rasa ape ape pun.
Bak kata ayat jiwang mat saleh,
There's no more sparks.

Entah la.
Maybe sebab sunyi.
Rumah dah tak macam dulu.
Sekarang dah lain.
Dulu bising.
Sekarang senyap, sunyi, sepi.
Aku hanya dengar suara aku, umi, abah.

Kadang kadang..
Aku rindu suasana sekolah.
Saat dalam dorm.
Pembulian terhadap Mia.
(Bukan buli sebenarnya)
Sesi bercerita yang panjang lebar 
Sampai dah letak kepala atas bantal pun masih nak bercerita

Aku rindu waktu tu.

2Hikmah,3Hemah.
Riuh yang entah ape ape tu.
Budak budak dari pelbagai background.
Budak yang selalu aku berleter tu
Kadang kadang..
Bile aku fikir balik,
Aku tak kan berada di mana aku berada sekarang kalau tak kerana korang

TerimaKasih kawan.
Kerana korang.
Berdirinya Afiqah seperti hari ni.
Dengan ketinggian 157cm ni, dengan berat yang kekurangan ni.

Last Thing,
AKU SAYANG KORANG SAMPAI MATI.
I wonder how can I live without them.

Saturday, August 25, 2012

Hai .

Aku nak kongsi kedukaan hati aku .
Pasal SAHUT .
Korang mesti tak tahu kan ape itu SAHUT ?

SAHUT tu sekolah aku .

Aku tak suke pergi sekolah.
Kenapa ?
Sebab malas .
Lagi ?
Sebab kene packing baju masuk bagasi .
Sebab selalu kene naik turun tangga .
Bayangkan aku punya bilik tingkat atas sekali kot .

Wahai kerajaan Malaysia .
Aku mohon supaya korang tolonglah pasangkan lif .
Aku dah penat .

Aku ni dah la underweight .
Makin hari , makin kurus kering la aku ni .

Conclusion ,
Aku tak nak pergi sekolah .
Kerana sekolah membebankan aku .

TerimaKasih :)

Hai .

Sekarang ni cuti .

Ya .
Semua orang menantikan saat ini .
Namun aku ..

Aku berbeza dengan kau .
Aku sedang menantikan saat itu tiba .
Tiba untuk menyampaikan berita
Berita yang tidak akan digemparkan .
Berita yang menyedihkan dan dalam masa sama menggembirakan aku .
Bukan aku je .
Tapi sememangnya menggembirakan kau , teman .
Aku pasti .

Aku akan kehilangan seorang rakan cuti ni .
Seorang rakan yang tahu segalanya tentang aku .
Seorang rakan yang aku kongsi semua cerita .
Seorang rakan yang bergelar aku .

Aku akan mati dari dunia ini .
Aku akan diam membisu , tanpa sedikit pun bukti kewujudan .

Biarlah aku mati .
Sekiranya itu memuaskan kau, teman .
Aku akan pergi ..
Jauh..
Kerana aku hanyalah aku .
Kerna aku manusia kecil yang tidak layak di pandangan kau .
Kerna kau terlalu hebat untuk seorang manusia seperti aku.

Hidup aku bagaikan mati .
Hidup aku bagaikan sampah yang kau tendang .
Lebih baik aku mati .
Kerna aku tak pernah hidup .
Aku hanya hidup dalam alam impian .
Alam impian yang segalanya indah
Tapi hakikat, realiti sangat pahit , perit, buruk .

Selamat bercuti ,teman .
Aku cuma minta 2 je .
Bacakan jantung Al-Quran itu untuk aku .
Dan maafkan aku , teman .

Aku akan pergi .
Sedang pergi .
Telah mati .
Hai .
Lame kan blog ni terbiar ?
Emm.. biarlah..
Sebab aku pun macam tu .
Terbiar kerana dibiarkan .

Sayu kan hidup aku ?
Pilu kan ?
Tapi takdir dah tentukan hidup aku macam ni .

Tapi kite takboleh ikutkan sangat dengan takdir .
Sebab sesetengah orang ...
Just cakap ..
Takpe la..dah takdir, apa nak buat ?

Sahabat sekalian ,
Korang patut sedar ..
Bangkitlah dengan fakta yang
Kita mampu ubah takdir ..
Ya .. kita boleh ..
Dengan USAHA .

Jadi , Dengan kata- kata aku ni..
Jom!
Bangun dari tidur.
Bangkit supaya kita boleh menggapai mimpi .

As saying goes ,
Nothing impossible in Life .



                                                                          

Saturday, June 9, 2012

Hai .

Ini merupakan post terakhir aku sebelum berangkat ke hostel .

Haiiihh ..
Semestinya aku akan merindui segala-galanya .
Umi dengan masakannya .
BEAST dengan lagunya .

Namun , aku perlu berkorban .
Demi mengejar impian aku .
Demi terus berjuang mencapai Korea .

Aku akan merindui kau .
Suara kau .
Wajah kau .
Senyuman kau .
Gelagat kau .
Segalanya pasal kau .

Selamat Tinggal , DJ

Tuesday, May 29, 2012



Hai .


Aku bebas untuk menulis .
Kerana hanya di sini tempat untuk aku mencoret .
Coretan isi hati aku yang kau pandang bagai sampah .
Kerana kau tiada hati perut .

Dalam hati kau tu .
Atau patut aku kate hati kau tu satu lohong yang kosong , hitam dan gelap .
Tempat tu kau penuhi dengan benci .
Kau sumbat lagi dengan dendam kesumat yang kau simpan dari dulu .
Untuk manusia yang bernama Mr.Unknown .

'Hati' yang kau ada .
Bagai dah nak meletup .
Macam dah nak mengeluarkan isi dalamnya .
Kononnya yang kau ingin luahkan tu .

Jadi dipersilakanlah untuk kau luahkan .
Kenapa tak ?
Keberanian kau .
Mane ?
Tak de ?
Kau memang cap ayam .
Kau tak layak untuk simpan dendam setebal koleksi buku Harry Potter tu .

Kau hanya jeles .
Sebab kau tak de satu blog .
Tempat untuk menulis sebebasnye , macam aku .
Kau dengki .
Sebab tak de orang untuk kau luahkan isi 'hati' busuk kau tu .

Wahai insan 
Sedarlah yang bukan kau sorang ade hati .
Aku pun ade .
Semua orang pun ade .
Setiap makhluk atas bumi ni ade .
Hargailah orang lain .
Fahami dieorang .
Then , 
Kau akan bahagia .
Kau akan dianggap teman .
Rakan yang sejati .

Monday, May 28, 2012

Hai .
Lame tak bercerita kan ?
Kesian blog ni . Kesepian kan ?

S.E.P.I.

Tu lah tajuk kali ni .

Sepi . Itulah aku .
Sepi dari dunia .
Sepi dari masyarakat .
Aku hanya hidup dalam kesepian .
Kesepian yang aku tak mampu tembusi .

Kesepian ini ibarat kegelapan malam yang meliputi alam .
Dalam sepi , aku menulis isi hati .
Isi hati yang panjang berjela .
Panjang yang tak mampu diringkaskan .
Panjang yang komplikated .
Tiada yang mampu dirungkai .
Hanya aku .
Aku yang faham .
Hanya aku yang mengerti .

Pada kau , coretan aku hanyalah contengan .
Contengan yang dianggap kau boleh dipadam .
Kau hanya pandai memadam .
Menghapus .
Itulah yang kau pakar .

Kau penghapus .
Kau menghapus kegembiraan aku .
Kau menghapus kehidupan aku .
Kau hanya menunggu kematian aku untuk kau hapus .
Kau membiarkan aku hidup dalam kesepian , kegelapan .
Dengan harapan 
Aku akan mati dalam kesepian ini .
Supaya kau dapat menghapus aku selamanya .
Dari dunia ini .