Friday, December 21, 2012


Hai.
Assalamualaikum.
Hehe.
Aku menulis lagi.

Selepas tamat PMR hari Isnin tu,
Aku langsung tak sentuh buku.
Malas nak kenangkan jawapan yang aku dah conteng atas kertas jawapan hari tu.
Malas doh nok fikir.

Tapi sesetengah orang suke semak balik.
Bagi aku, bile semak balik, perasaan gemuruh tu bertambah.
Jadi, aku pendam saje perasaan ingin tahu aku.

Saban hari semase cuti
Aku buat cool je.
Tak mboh fikir pasal result.
Dalam tak mboh fikir, terfikir jugok.
Takut kalau tak dapat 8A.

Bile hari yang dinantikan semakin tiba,
Aku makin resah, risau.
Perasaan bercampur baur.
Walaupun, seminggu sebelum result keluar,
Aku spent the whole week,
Shopping, Jalanjalan.

Jantung aku terase makin kuat degupannye
Pada malam sebelum 19.12
Terus tak boleh tidur.
Jadi, aku melayan kepalaku yang tak mengantuk dengan Facebook.
Pukul 3 baru tidur.

Pagi itu.
Aku bangun solat subuh, menadah tangan
Memohon pada Yang Esa
Semoga hari itu menjadi antara hari paling bahagia untuk aku.
Aku tanye Umi,
"Umi, kalau Adik dok leh 8A, gane?"
"Sedih gile ar Umi", Umi kate.
Dengan jawapan tu,
Aku tau Umi Abah meletakkan harapan yang tinggi.
Aku takut. Aku tak nok gi ambik result.
Tapi, ape gune lagi.

Aku menapak ke Estima dan meluncur ke SAHUT.
Sampai SAHUT, aku tak mboh turun dari kereta.
Bile sampai dewan,
tup tup
Cikgu tak dok pon.
Aku sembangsembang dengan kawan,
Meluahkan perasaan berdebar aku dan mereka.
Bile duk dalam dewan, ucapan 5minit rase macam 2jam.

Saat Ustaz Joe melangkah,menggapai mikrofon
Jantung aku rase macam nok kluo.
Nasib baik sebut ikut kelas.
Kalau ikut angka giliran, aku la pemilik nombor 001.
Bile tibe giliran kelas aku, jantung aku macam terhenti sekejap.
Af...
Argh!
Jantung aku yang keluar, aku masukkan balik
Sebaik saje nameku diumum.

Senyuman kegembiraan tak lekang aku lemparkan.
Sehingga kawan aku tegur, 'amboi, lebar gile kot kau senyum'.
So what, aku happy dengan result aku.
Berjalan mengiringi Umi Abah dan diri sendiri,
Pipiku yang semakin tembam dicium Umi.
Aku tau Umi pon hepi dan bangga.

Haaa... masuk kereta balik.
Sampai je kat rumah beralamat 76, aku dapat cash RM ***.

Sepanjang hari aku spent dengan gembira.
Sekarang aku tekad.




No comments:

Post a Comment