Sunday, September 1, 2013


When that someone praised you looking beautiful on that special particular event, all you can do is smile and say thanks.

That had happened to me once.

That someone is my crush.
But not anymore.
Because I know his heart belongs to other girl.
The other girl who is flawless, has more captivating smile than me.
More attractive than me.

Well.
For me,
He is now just a friend.
But I still love being with him.
Taking silly pictures with him.
Talk ridiculous things with him.
Just having him with me even make me happy.
I will be happy whenever I am in the same team as him.
The same place where we can do activities together.
I just love everything about him.

There was once when we walked together from preparation class.
Then, a friend walked in opposite way said
'Aaa.. do you guys have something, that something?"
Then he said, casually,
"We are couple,arent we Iqa?"
That time,
I was shocked to hear that.
but I know he is just joking.
So,I simply happily replied to the friend,
"Yeah. We are :)."
He also once mentioned that we were in a scandal before.
He always know how to make me flutter.
Though he didnt notice at all.
Thanks to my skin as it doesnt get red at all when I'm blushed.
I should've be called 'Unblushable Iqa'.

Then,
It was that day.
When he uttered this sentence.
"Iqa, kau nampak comel hari ni."
It was quite unbelievable since 
He never said something nice about my appearance.
I'm the only who compliment myself.
Surely,it was just for 'koya' thing that I shared with him.

I admit that my heart skipped a beat that moment.
But though,
I never think that as a sign of him replying my past feelings for him.
Because
On that day,
Surely I wore something different as it is a special event.
That means,
He praised me looking comel when he saw me in that state.
He praised the outer me.
He loved to look at the outside.

Then I thought,
He is not the one I need.
I need someone that love me,
The inside me.
That's the most important.
Because the outside can change.
But the inside hardly can change.

 I hope one day
I will find The One.
The One who can accept me in whatever state.
Who will accept the me that talk a lot, have weird habits.
Who will love me even if I grew the third eye.
Who will always be there to listen to me, to protect me.
Who will not mind if I drooled a pail when I sleep.

But.
The someone.
We made a promise that we will be friends forever.
Until the day that separates our soul from our bodies.

Dear you,
If you're reading this,
Thanks for that compliment.
It really cheered my day.
Thanks for being the you whenever beside me and
Thanks for making me comfortable being the real me beside you.
You taught me a lot.
If one day,
I leave this world first,
Dont forget me.
Dont ever forget our memories.
Our silliness together.
I would never forget the feeling I had for you.
The feeling being your friend.
The feeling that you always give me.
The gaze I gave you.
Words that seemed planted into my deepest part of brain.
How the just a few words escaped from your mouth made me smile.
How you made me jealous.
How you love to 'koya' how handsome you are.
Everything I had when I was with you.
Once again,
Thank you.
I love you friend.




Hai.

My life's getting tougher.
With so many things landing onto my head, my inner me.

Sekarang.
Aku dah pegang kawasan asrama.
Like a boss la kan.

Tapi.
Ya Allah..
Tuhan je la tahu.
Betapa susahnya nak handle budak-budak pramatang ni.
Dengan perangai sorang-sorang tu..
Ada yang baik tu, baik la.
Kalau yang degil tu, rendam dalam asid pon belum tentu cair.
Aku tak tau la apa nak jadi dengan dieorang tu.
Dah la tahun ni nak exam,
Tak sedar diri lagi.

Aku dah berlembut dengan dieorang.
Tapi
Nak kepala.
Aku garang kan,
Kata aku singa la bagai.
Kalau aku jadik malaikat,
Korang bukan nak dengar pon.
Kalau aku jadik singa,
Korang buat muka,
Kata macam-macam belakang aku.
Cakap aku ni nyekik la.

Tolong la Adik-adik.
Apa yang susah sangat nak ikut peraturan?
Orang lain boleh je.
Kenapa tak korang?
Nak kata ***** kan,
Semua same je kelayakan masuk.
Kalau aku bangkit pasal mak bapak kan,
Korang melenting,

Jadi,
TOLONG LA.
AKU MERAYU dengan korang.
BEHAVE la.
Jaga la siket name korang tu,
Name batch, 
Yang penting
Name MAK BAPAK korang tu.

Aku marah, aku tegur
Bukan sebab aku benci korang.
Aku marah bersebab.
Aku marah pada orang yang bersalah.
Aku pun tak nak marah korang sebenarnya.
Tapi.
Korang tu.

Aku harap one of you guys ada yang terasa bila bace statement ni.
Sekiranya bukan aku yang pegang jawatan ni tahun depan,
Tolong la.
Demi dia.
Sebab dia mesti lebih baik daripada aku.
Sebab hanya aku sorang je yang macam singa dalam batch aku.
Dan
Most Crucial 
For YOUR OWN SELVES.



Hai.
Lama dah tak berkarya.
Dah lebih kurang 4 bulan rasenya.

Pada mulanya,
Terfikir nak ignore terus je blog ni.
Tapi.
Sehinggalah baru-baru ni
Eifa cakap
"Await dah lama tak update hangpa punye belog?"
Aku terus terfikir.
Why not just continue writing?
As this is the one thing that I can do to express my feelings.
So.
This is it.
Afiqah.
Le me.
Sitting here.
Writing again.
Even I'm just the only one who read these things back.

Thanks to Eifa.
I got back my spirit to write.


Sunday, May 5, 2013



Hai.
:D

Sekarang musim mengundi.

Aku nak berpolitik siket, boleh?

Khamis lepas,
Aku dan family pergi la jalanjalan Bandar KT.
Along the journey,
Pergi dan balik
Kiri kanan dipenuhi bendera.
Tak kira la,
HIJAU ke biru ke 
Cangkul pon ade.

The most INTERESTING is 
Flashmob!
Mereka " Bunyikan hon tanda setuju "
My Dad " pooooooooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn"
Hon gilleeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee panjang..
Sampai si Bapak Polisi pon tengok aje kete kiteorang.
Memang best hari dan saat tu.

Then, we went home.
I was like..
" Rase macam semangat pelik je. "
Takpe!
Demi Islam, demi masa depan generasi kami.
Aku sanggup ketepikan homework.
Ehhh.. ehhhh..ehhh..
Salah konsep tu.

Kempen, berkempen jugak.
Kewajipan kepada diri, jangan lupa.
Politik, politik jugak.
Homework jangan tak siap pulak.

Jadik,
Ape bende pon kite buat
Kene semangat.
Bukan politik je.
Bukan musim mengundi je.
Study pon same.

Afiqah,
Semangat lagi nak study tu.
Ok? 
:)

Wednesday, March 27, 2013


Hai.
Ngeee...

Happy Holiday.

Budak UiTM kate ' Cuti la sangat. Homework gile banyok.'
Budak UiTM, termasuklah aku.

Orghhh...
Teens life is torturing us.

Maksud aku,
Homeworks yang gile banyak.
Hormon yang tak stabil.
Kemunculan jerawat bertaburan atas muka.
Perasaan yang tak mampu diolah.
Tanggungjawab terhadap sekolah.
Keinginan yang tak berani aku luahkan.
For short,
Macam macam ma!

Ohh.. life.

Kadang kadang 
Aku benci hidup aku.
Aku selalu rasa macam
'Where are you when I need you, friends?'
Padahal aku yang selfish,
Tak nak cerita hal aku kat dieorang.
Aku diberi satu kejutan bile baca artikel mengatakan,
'Ade sekurangnya 7 orang yang sayang kite daripada aspek yang pelbagai macam'

Then,
I was thinking.
Sape yang sayang aku?
Terbang melayang jawapan dalam minda aku.
Sang Pencipta, Rasullulah, Umi, Abah, Angah, Alang, Along, my late kittens.
Orang sebelah 'woi! Kucing tu kucing. Bukan orang'
Aku' biar la. Aku sayang kucing aku macam adik aku, tau'.

Hmmm....
Sebenarnya, ramai je orang sayang kite.
Kawan sekelas, satu batch, cikgu, Cg. Rafi...?
Jadik, 
Tak perlu la nak persoalkan 
Kenapa aku tak dicintai?
Kenapa tak ade orang nak kat aku?
Sedarlah teman,
Bukan tak ade.
Cume kau tak nampak.
Cume kau tak rase.
Kau kene faham.
Kau mesti ade crush, kan?
So how's feeling of admiring someone in shadow?
Bukan kau je.
Aku pun.
Die pun.
Sape sape pun pernah.
Believe me.
You are more than what you thought you are.

Monday, March 4, 2013

Aku Punye ...


Hai.

Lagi?
Biar la. 
Blog ni AKU PUNYE.

Ok!
Itu die.
Topik kali ni.

What I meant earlier was
AKU PUNYE BEST FRIEND.

Aku suke panggil die Si Apek Yong.
Sebab die macam apek Cine.
Hihi..

Entah kenape,
Aku rase sangat bersyukur dapat kenal die.
Umm..umm..umm..
Biar la identiti si Apek Yong ni dirahsiakan.

Apek Yong sangat pelik.
Die mandi 5 kali sehari.
Wow...!

Yang paling aku suke pasal die
Die sangat care tentang aku.
Die selalu tegur aku.
'Woi. Nampak lengan tu'
Antara tanda Apek sayang aku.
Die cakap ' aku akan jage orang yang aku sayang'
Die sentiase ingatkan aku jage aurat.

Yang paling aku benci pasal Apek Yong
Bile die gune ayat ni
' Mu buat gini, kekgi ****** marah kekgi'
Aaaaaa..!
Aku sangat depressed when he use that name to threat me.

Dan.
Apek Yong sangat annoying.
'Aku nok tengok gambo tu... please..'
Then, ' :)) ppuuiihhhh.. ok ok aku tak gelakkan kau'.
Dah terang lagi bersuluh kau gelakkan aku.!

Sebenci aku kat die,
Aku still sayang die
Sebab die BESTFRIEND aku.



Hai.
:D

Isu hari ni :

I'm changing.

Orang sebelah ' Haa?! Changing? Kau ni ular ke? '
Aku ' Yes. Aku ular.'
Die ' biar betul... '
Aku '  Ape la ******* sangat kau ni. Rezakkk aku'

Hehehe.. 
Sedikit sedutan drama Aku dan Orang Sebelah.
Bakal ditayangkan bulan 13 2013.
Tak la.

Back to our issue.
Aku dalam fasa perubahan.
Aku berubah ke arah kebaikan for sure.

Aku yang poyo sedar 
Aku pergi umrah,
Tapi aku tengok orang sekeliling aku yang tak pernah jejak Mekah
Berubah.
Sedangkan aku,
Still in the same state.

Alhamdulillah.
Lepas satu fakta tentang aku dan die didedahkan
Aku sedar.
Aku cuba.
Didorong pulak oleh Si Apek Yong,
Semangat aku berkibar kibar.
Orang sebelah 'hotak kau!'
'Berkobar kobar la!'
Aku 'ala saje je tu. (Ayat cover)'

Tak salah kan 
Kalau aku berubah sebab seorang Adam?
Paling tak pun,
Aku jadik lebih baik untuk aku jugak kan?

Sunday, March 3, 2013


Hai.

Hari ni.
Dengan bangganya, 
Saya mengisytiharkan bahawa ...

Saya dah 15 tahun 6 bulan 14 hari.

Dah tua kan aku ni.
Dah matang?
Ye ke?

Kematangan aku boleh diukur dengan
Jerawat
Kebolehan aku membezakan hak dan batil
Perasaan.

Hmm..
Perasaan.
Semua manusia ade perasaan.
Cinta.
How to describe cinta?

Aku dalam dilema.
Pergolakan perasaan yang aku sendiri tak reti nak rungkai.

Tapi.
Saat aku perlukan
Kau tiba.
Menghulurkan nasihat.

Aku rase lega sangat lepas share cite dengan kau.
Kisah aku selamat dengan kau.
Kisah kau selamat dengan aku.

Gamsahamnida Mr.BestFriend.
Even kite baru kenal tahun ni.

Saturday, March 2, 2013

SLOT : Orang Saya Sayang Selamat


Hai.

Lame dah tak terusik diari kesayangan ni.

Kali ni 
Aku balik lame la siket.
4 hari kot.
Sekarang musim hujan.
Gelombang ke berape entah.
Besut, Setiu n Klate banjir doh.
Haishh.. ni risau ni.
Tempat orang yang aku sayang dilanda banjir.

Orang yang aku sayang?
Sape? 
Kawan, "aaa.. pandai kau sekarang ea".
Aku, "hotak kau"

Tak la.
Bukan pakwe.
Tk declare pon.
Crush maybe.
For sure, kawan.

Aku risau la time banjir macam ni.
Korang tau tau je la kan.
Budakbudak suke main air.
Even dah 16.
Naik sawan bile tengok air.
Naik main, main jugak.
Keselamatan kene jage.
Sir Aimin kate, "1. Safety 2. Safety 3. Safety"

Kepada sesiape yang dah terhantuk dengan ayat aku ni,
Stop yourselves from terjun dan dibawa lari oleh air.

Kalau korang tak sayang nyawa,
Ingat aku.
Hwehwehweh..

Itu saje dri saye 
Untuk slot Orang Saya Sayang Selamat. 



Friday, December 21, 2012


Hai.
Assalamualaikum.
Hehe.
Aku menulis lagi.

Selepas tamat PMR hari Isnin tu,
Aku langsung tak sentuh buku.
Malas nak kenangkan jawapan yang aku dah conteng atas kertas jawapan hari tu.
Malas doh nok fikir.

Tapi sesetengah orang suke semak balik.
Bagi aku, bile semak balik, perasaan gemuruh tu bertambah.
Jadi, aku pendam saje perasaan ingin tahu aku.

Saban hari semase cuti
Aku buat cool je.
Tak mboh fikir pasal result.
Dalam tak mboh fikir, terfikir jugok.
Takut kalau tak dapat 8A.

Bile hari yang dinantikan semakin tiba,
Aku makin resah, risau.
Perasaan bercampur baur.
Walaupun, seminggu sebelum result keluar,
Aku spent the whole week,
Shopping, Jalanjalan.

Jantung aku terase makin kuat degupannye
Pada malam sebelum 19.12
Terus tak boleh tidur.
Jadi, aku melayan kepalaku yang tak mengantuk dengan Facebook.
Pukul 3 baru tidur.

Pagi itu.
Aku bangun solat subuh, menadah tangan
Memohon pada Yang Esa
Semoga hari itu menjadi antara hari paling bahagia untuk aku.
Aku tanye Umi,
"Umi, kalau Adik dok leh 8A, gane?"
"Sedih gile ar Umi", Umi kate.
Dengan jawapan tu,
Aku tau Umi Abah meletakkan harapan yang tinggi.
Aku takut. Aku tak nok gi ambik result.
Tapi, ape gune lagi.

Aku menapak ke Estima dan meluncur ke SAHUT.
Sampai SAHUT, aku tak mboh turun dari kereta.
Bile sampai dewan,
tup tup
Cikgu tak dok pon.
Aku sembangsembang dengan kawan,
Meluahkan perasaan berdebar aku dan mereka.
Bile duk dalam dewan, ucapan 5minit rase macam 2jam.

Saat Ustaz Joe melangkah,menggapai mikrofon
Jantung aku rase macam nok kluo.
Nasib baik sebut ikut kelas.
Kalau ikut angka giliran, aku la pemilik nombor 001.
Bile tibe giliran kelas aku, jantung aku macam terhenti sekejap.
Af...
Argh!
Jantung aku yang keluar, aku masukkan balik
Sebaik saje nameku diumum.

Senyuman kegembiraan tak lekang aku lemparkan.
Sehingga kawan aku tegur, 'amboi, lebar gile kot kau senyum'.
So what, aku happy dengan result aku.
Berjalan mengiringi Umi Abah dan diri sendiri,
Pipiku yang semakin tembam dicium Umi.
Aku tau Umi pon hepi dan bangga.

Haaa... masuk kereta balik.
Sampai je kat rumah beralamat 76, aku dapat cash RM ***.

Sepanjang hari aku spent dengan gembira.
Sekarang aku tekad.




Tuesday, November 20, 2012


Hai.

Ini ialah post kedua untuk hari ni.
Rajin tak?
Rajin blogging, lipat kain malas.
KwangKwang.

Takde lah.
Kali ni bukan cakap pasal lipat kain ke basuh pinggan ke.

Sekarang, kite cakap pasal style.
Style or stail.
Sama je pada makna.
Cume bahase yang membezakan.

Tulah aspek pertama.
Bagi style penulisan aku.
Terus terang aku cakap.
Aku prefer bahase rojak.
Sebab aku sendiri pon macam tu.
Suke cakap campur bahase.
Kadang melayu, english, korean but always TERENGGANU.
Almaklumlah, abah suke sangat beli rojak ayam.
That's why her daughter pon dah jadi rojak.

Kedua, penggunaan aku.
Kalau kat dunia sebenar, tak pernah guna aku pon.
Sebab aku hanya guna aku untuk kawan lelaki dan diri aku je.
Faktor utama penggunaan aku ialah blog ni diari aku.
Kan doh tulis official unprivate diary

Ade la ura ura aku dengar
Ada orang tak suka dengan gaya penulisan aku.
Bukan ape la kan.
Blog aku, suka hati la aku nak tulis.
Tak berniat kasar, tapi aku tak mintak pun kau bace(wahai komentor)
Aku cume tulis ape yang tercurah dalam kepala ni.
Kalau tak suka, tak payah bace.
Aku senang, kau pun senang.
No War, right?

OK. Let's have peace.
Angkat dua jari.
Snap.
Love forever.


Hai.

Toothygrin.
Hueh hueh.

Now.
I dont know what to say.

Tapi sebab hari ni aku dapat best friend aku.
Best friend yang mana aku jumpa last masa Raya baru ni.

Kiteorang cerita, cakapcakap, sembang.
Panjang gile.
Kadang, rasa macam tak nok berhenti.
Walaupun dah berjam jam sembang,
Masih tak puas.
Belum lepas rindu.

Bile fikir fikir balik,
Tak perlu pun aku cari kawan ramai.
Biar la sorang.
Asalkan sorang tu cukup setia.
Jadi pendengar yang setia dan responden yang baik.

Jadi!
Aku sendiri berusaha untuk menjadi sahabat yang setia.
Sebab kalau semua sibuk meminta,
Tapi tiada ikhtiar, buat ape.
Biar la aku yang menjadi salah seorang yang dipinta tu.
Tak kira untuk sorang teman, atau teman sepanjang hayat.

TheEnd.

Wednesday, November 14, 2012




Hai.

Cuti dah mula.
Dah nak dekat seminggu kan?
Kejap je masa berlalu.
Huhhh...
Baju, kain, kasut pun belum usik.
Pemalas punya anak dara.
Heheh..
Bukan selalu kan boleh enjoy cuti macam ni.

Tapi....
Cuti kali ni.
Tak rasa ape ape pun.
Bak kata ayat jiwang mat saleh,
There's no more sparks.

Entah la.
Maybe sebab sunyi.
Rumah dah tak macam dulu.
Sekarang dah lain.
Dulu bising.
Sekarang senyap, sunyi, sepi.
Aku hanya dengar suara aku, umi, abah.

Kadang kadang..
Aku rindu suasana sekolah.
Saat dalam dorm.
Pembulian terhadap Mia.
(Bukan buli sebenarnya)
Sesi bercerita yang panjang lebar 
Sampai dah letak kepala atas bantal pun masih nak bercerita

Aku rindu waktu tu.

2Hikmah,3Hemah.
Riuh yang entah ape ape tu.
Budak budak dari pelbagai background.
Budak yang selalu aku berleter tu
Kadang kadang..
Bile aku fikir balik,
Aku tak kan berada di mana aku berada sekarang kalau tak kerana korang

TerimaKasih kawan.
Kerana korang.
Berdirinya Afiqah seperti hari ni.
Dengan ketinggian 157cm ni, dengan berat yang kekurangan ni.

Last Thing,
AKU SAYANG KORANG SAMPAI MATI.
I wonder how can I live without them.

Saturday, August 25, 2012

Hai .

Aku nak kongsi kedukaan hati aku .
Pasal SAHUT .
Korang mesti tak tahu kan ape itu SAHUT ?

SAHUT tu sekolah aku .

Aku tak suke pergi sekolah.
Kenapa ?
Sebab malas .
Lagi ?
Sebab kene packing baju masuk bagasi .
Sebab selalu kene naik turun tangga .
Bayangkan aku punya bilik tingkat atas sekali kot .

Wahai kerajaan Malaysia .
Aku mohon supaya korang tolonglah pasangkan lif .
Aku dah penat .

Aku ni dah la underweight .
Makin hari , makin kurus kering la aku ni .

Conclusion ,
Aku tak nak pergi sekolah .
Kerana sekolah membebankan aku .

TerimaKasih :)

Hai .

Sekarang ni cuti .

Ya .
Semua orang menantikan saat ini .
Namun aku ..

Aku berbeza dengan kau .
Aku sedang menantikan saat itu tiba .
Tiba untuk menyampaikan berita
Berita yang tidak akan digemparkan .
Berita yang menyedihkan dan dalam masa sama menggembirakan aku .
Bukan aku je .
Tapi sememangnya menggembirakan kau , teman .
Aku pasti .

Aku akan kehilangan seorang rakan cuti ni .
Seorang rakan yang tahu segalanya tentang aku .
Seorang rakan yang aku kongsi semua cerita .
Seorang rakan yang bergelar aku .

Aku akan mati dari dunia ini .
Aku akan diam membisu , tanpa sedikit pun bukti kewujudan .

Biarlah aku mati .
Sekiranya itu memuaskan kau, teman .
Aku akan pergi ..
Jauh..
Kerana aku hanyalah aku .
Kerna aku manusia kecil yang tidak layak di pandangan kau .
Kerna kau terlalu hebat untuk seorang manusia seperti aku.

Hidup aku bagaikan mati .
Hidup aku bagaikan sampah yang kau tendang .
Lebih baik aku mati .
Kerna aku tak pernah hidup .
Aku hanya hidup dalam alam impian .
Alam impian yang segalanya indah
Tapi hakikat, realiti sangat pahit , perit, buruk .

Selamat bercuti ,teman .
Aku cuma minta 2 je .
Bacakan jantung Al-Quran itu untuk aku .
Dan maafkan aku , teman .

Aku akan pergi .
Sedang pergi .
Telah mati .
Hai .
Lame kan blog ni terbiar ?
Emm.. biarlah..
Sebab aku pun macam tu .
Terbiar kerana dibiarkan .

Sayu kan hidup aku ?
Pilu kan ?
Tapi takdir dah tentukan hidup aku macam ni .

Tapi kite takboleh ikutkan sangat dengan takdir .
Sebab sesetengah orang ...
Just cakap ..
Takpe la..dah takdir, apa nak buat ?

Sahabat sekalian ,
Korang patut sedar ..
Bangkitlah dengan fakta yang
Kita mampu ubah takdir ..
Ya .. kita boleh ..
Dengan USAHA .

Jadi , Dengan kata- kata aku ni..
Jom!
Bangun dari tidur.
Bangkit supaya kita boleh menggapai mimpi .

As saying goes ,
Nothing impossible in Life .



                                                                          

Saturday, June 9, 2012

Hai .

Ini merupakan post terakhir aku sebelum berangkat ke hostel .

Haiiihh ..
Semestinya aku akan merindui segala-galanya .
Umi dengan masakannya .
BEAST dengan lagunya .

Namun , aku perlu berkorban .
Demi mengejar impian aku .
Demi terus berjuang mencapai Korea .

Aku akan merindui kau .
Suara kau .
Wajah kau .
Senyuman kau .
Gelagat kau .
Segalanya pasal kau .

Selamat Tinggal , DJ

Tuesday, May 29, 2012



Hai .


Aku bebas untuk menulis .
Kerana hanya di sini tempat untuk aku mencoret .
Coretan isi hati aku yang kau pandang bagai sampah .
Kerana kau tiada hati perut .

Dalam hati kau tu .
Atau patut aku kate hati kau tu satu lohong yang kosong , hitam dan gelap .
Tempat tu kau penuhi dengan benci .
Kau sumbat lagi dengan dendam kesumat yang kau simpan dari dulu .
Untuk manusia yang bernama Mr.Unknown .

'Hati' yang kau ada .
Bagai dah nak meletup .
Macam dah nak mengeluarkan isi dalamnya .
Kononnya yang kau ingin luahkan tu .

Jadi dipersilakanlah untuk kau luahkan .
Kenapa tak ?
Keberanian kau .
Mane ?
Tak de ?
Kau memang cap ayam .
Kau tak layak untuk simpan dendam setebal koleksi buku Harry Potter tu .

Kau hanya jeles .
Sebab kau tak de satu blog .
Tempat untuk menulis sebebasnye , macam aku .
Kau dengki .
Sebab tak de orang untuk kau luahkan isi 'hati' busuk kau tu .

Wahai insan 
Sedarlah yang bukan kau sorang ade hati .
Aku pun ade .
Semua orang pun ade .
Setiap makhluk atas bumi ni ade .
Hargailah orang lain .
Fahami dieorang .
Then , 
Kau akan bahagia .
Kau akan dianggap teman .
Rakan yang sejati .

Monday, May 28, 2012

Hai .
Lame tak bercerita kan ?
Kesian blog ni . Kesepian kan ?

S.E.P.I.

Tu lah tajuk kali ni .

Sepi . Itulah aku .
Sepi dari dunia .
Sepi dari masyarakat .
Aku hanya hidup dalam kesepian .
Kesepian yang aku tak mampu tembusi .

Kesepian ini ibarat kegelapan malam yang meliputi alam .
Dalam sepi , aku menulis isi hati .
Isi hati yang panjang berjela .
Panjang yang tak mampu diringkaskan .
Panjang yang komplikated .
Tiada yang mampu dirungkai .
Hanya aku .
Aku yang faham .
Hanya aku yang mengerti .

Pada kau , coretan aku hanyalah contengan .
Contengan yang dianggap kau boleh dipadam .
Kau hanya pandai memadam .
Menghapus .
Itulah yang kau pakar .

Kau penghapus .
Kau menghapus kegembiraan aku .
Kau menghapus kehidupan aku .
Kau hanya menunggu kematian aku untuk kau hapus .
Kau membiarkan aku hidup dalam kesepian , kegelapan .
Dengan harapan 
Aku akan mati dalam kesepian ini .
Supaya kau dapat menghapus aku selamanya .
Dari dunia ini .

Friday, December 30, 2011

Matluthfi90

Hai .
Assalamualaikum .

Korang kenal Matluthfi ?
Matluthfi ? 
Yes, Matluthfi . Vlogger terkenal tu .

Oh ye!
Matluthfi90 tu la akaun u-tube die .
Aku kagum ngan die ni tau .
Sebab setiap video tu memang ade moral di sebalik video tu .
Aku suke tengok video-video die sebab lakonan die tu bersahaje , die tu sendiri yang cool and natural .

Daripada banyak-banyak Vlogger yang popular , 
contoh : 
  • Matluthfi
  • IniAnwarHadi
  • Maria Elena
dan banyak lagi. 
Ni antara yang aku tau la .
IniAnwarHadi pon best . Video terbaik die (bagi aku la)
Memang kene sangat la dengan trend penulisan gadis-gadis di luar sana zaman skarang .

Bagi aku, ni lah cara terbaik untuk diorang sampaikan mesej atau pendapat diorang mengenai sesuatu perkara tu .
Kalau macam aku, aku lebih suke gune blog ni walaupun takde orang bace . Sekadar nak tulis dan lepaskan apa yang terbuku kat benak fikiran .

Vlogging adalah satu bende yang baik . Tapi bagi Vlogger atau bakal Vlogger kat luar sana tu , aku rase Vlogging memerlukan satu sifat natural dalam diri anda tu sendiri . Tak perlu la nak tiru-tiru orang . Tau tak tak best ?
Just be yourself and make the video valuable and have moral lessons .

Salam . Papai :)

Ayat yang paling aku suke dari Mat Luthfi ni . Cam cina kan muke die ?